Friday, 18 July 2014

Oleh Daddy

Bak kata Amin Idris 'decide ' bermaksud putus.
Kita memutuskan untuk berjaya. Kita akan berjaya walaupun tak ada duit, anak sakit, suami tak support dan macam- macam.
Siapa yang masih macam 50-50 atau 70-30 atau 80-20 atau 99-1 sebenarnya masih belom memutuskan untuk berjaya dalam bisnes ini.
Alasan tak pandai tak boleh diterima sebab semua orang berasal dari 'tak pandai'.
Tidak ada yang mustahil kerana kita adalah satu- satunya makluk yang ' berakal'. Bila berakal maksudnya boleh belajar. Sebab itulah kita diletakkan sebagai martabat yang paling mulia diantara makhluk Allah.
Bila kita dah 'putuskan' maksudnya kita dah memutuskan untuk bertindak setiap masa. Bukan bulan depan, minggu depan dan segala yang berkaitan dengan ' nanti'.
Kita tak berjaya tak akan disebabkan oleh orang lain . Kerana yang menentukan kejayaan adalah kita sendiri. Orang yang 'memutuskan' untuk berjaya lebih awal AKAN berjaya lebih awal.
Jadi, korang dah betul- betul 'putus' ker ?
-Amin-
Categories:

0 comments:

Post a Comment